kasut b0le kaWe

on Tuesday, October 19, 2010
hahahaha.............
ni la design kasuT b0lerr bru ak...
ak bli pun sbb hijau mude feveret kale ak..mule2 cdg cam x mo bli but wat i can say all my frenz men football....nk x nk bli jelah...wet bnyk kan....sblm ni ak men bola dgn hanya berbekalkan kasut wariy0w ja namun kelincahanku masih tajam...(",)...hehehehe.....stat ade bola je, ak jd lmbt cket...mklm la x bese nge kasut bq..tpi x pa la ni first time ak bli kasut baru and branded alth0ugh x secantik jenama yg lain..tetapi kesedapan kaki bila berada in the boot yg ptt d utamakan...jd jgn lah kta membeli mengikut nfsu....hahahaha.....yes...brjay0 jg0k ak wat insha' merapu............

Nyakit Oghe Mud0

Penyakit orang-orang “muda” yang baru menapakkan kakinya beberapa langkah di dunia ilmu keislaman adalah mereka tidak mengetahui kecuali satu pendapat dan sudut pandang yang mereka dapatkan dari satu orang syeikh (guru). Mereka membatasi diri dalam satu madrasah dan tidak bersedia mendengar pendapat lainnya atau keinginan membincangkan pendapat-pendapat lain yang berbeza dengannya.
Yang kawe pelik, mereka ini melarang bertaqlid, padahal sebenarnya mereka sendiri bertaqlid. Mereka menolak mengikuti para imam terdahulu, tetapi mereka bertaqlid kepada sebahagian ulama masa kini. Bahkan mereka juga menolak madzhab, padahal mereka sendiri menjadikan pendapatnya sebagai “mazhab kelima” dengan membelanya mati-matian dan menolak setiap orang yang berbeza pendapat dengannya.
Mereka menolak ilmu kalam klasik yang mengutamakan perdebatan kalamiah, tetapi sebenarnya mereka sendiri telah membuat “ilmu kalam baru” dengan pembicaraan mereka yang tidak memperhatikan dengan lebih jelas akan penanaman aqidah di dalam hati, tetapi hanya mementingkan perdebatan sekitar masalah-masalah aqidah.
Sesungguhnya, sikap mereka terhadap kebenaran tak ubahnya seperti sikap orang-orang buta terhadap gajah dalam kisah India yang terkenal. Mereka tidak mengetahui gajah melainkan bahagian yang disentuh olehnya.
Seandainya mereka mahu memperluaskan wawasan, nescaya mereka akan mengetahui dan menyedari bahawa persoalan yang dihadapi itu lebih luas dari sekitar satu pendapat dan kepelbagaian pendapat itu dapat diterima semua. Akan tetapi, yang penting adalah bersikap adil, meninggalkan fanatisme, dan mahu mendengarkan pendapat orang lain, sekalipun mungkin pendapat mereka lebih benar.
(Dr Yusuf Al-Qardhawi, Fiqhul Ikhtilaf)